Wednesday 3 February 2016

Perjumpaan 2

Perjumpaan Kedua 2016
Hari: Rabu
Tarikh: 3 Februari 2016
Aktiviti: Kesemua aktiviti Kelab dan Persatuan telah dibatalkan kerana Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda SK Sungai Rokam telah diadakan pada hari ini. Majlis ini melibatkan lebih kurang 200 orang murid Tahap 2 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Friday 22 January 2016

Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tidak Transitif

Aktiviti persatuan pada tahun ini akan lebih berfokus kepada memantapkan apa yang dipelajari oleh ahli persatuan di dalam bilik darjah sewaktu sesi PdP. Aktiviti ini akan mengupayakan ahli untuk membina ayat-ayat yang berkenaan dengan lebih baik.












Contoh-contoh Latihan Membina Ayat

Bahan ini juga akan digunakan dalam salah satu perjumpaan mingguan persatuan nanti.